Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Curi Tarikh! | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Tuesday 9 December 2014

Curi Tarikh!

Anda pernah dengar istilah curi tarikh?

 

Curi tarikh biasa berlaku pada sesetengah masyarakat terutama di bahagian pantai timur Malaysia, di mana orang tua-tua biasa menyuruh si ibu yang mengandung melewatkan tarikh hari pertama haid terakhir daripada yang sebenarnya. 

Sebagai contoh, hari pertama haid terakhir A adalah pada 1 Januari 2014, maka tarikh dia dijangka bersalin yang sepatutnya adalah pada 8 Oktober 2014. Akan tetapi, atas nasihat orang tuanya, A berbohong kepada doktor dan memberikan tarikh 10 Januari sebagai hari pertama haid terakhirnya. Maka, dengan tarikh baru ini, doktor memberikan tarikh jangka bersalinnya pada 17 Oktober, iaitu lewat 9 hari daripada tarikh yang sebenarnya. 

Dalam praktis di Malaysia dan kebanyakan negara lain, biasanya doktor akan membenarkan sesebuah kehamilan melepasi tarikh jangka bersalin (estimated due date, EDD) sehingga 7-10 hari lewat, jika kehamilan tersebut tiada sebarang komplikasi. Setelah 7-10 hari selepas EDD si ibu akan diberikan ubat tertentu untuk ‘paksa’ bersalin, atau istilah perubatannya ‘induction of labour’.

Apakah bahaya ‘curi tarikh’?

Jika seseorang masih belum bersalin walaupun telah melangkaui 7-10 hari selepas EDD, pelbagai risiko boleh berlaku seperti:

  • Bayi yang terlalu besar sehingga mengakibatkan komplikasi semasa kelahiran seperti tersangkut bahu (shoulder dystocia)
  • Air ketuban yang kurang sehingga bayi boleh mendapat paru-paru kecil dan tidak berkembang (pulmonary hypoplasia) dan kecacatan pada tangan & kaki (contractures)
  • Bayi mempunyai risiko untuk membuang air besar (meconium) di dalam rahim dan jika ini berlaku dia boleh menelan najisnya sehingga mengakibatkan komplikasi-komplikasi lain seperti meconium aspiration
  • Fungsi uri yang menampung kehamilan akan mula merosot sedikit demi sedikit selepas tarikh jangka bersalin. Jika bayi masih dibiarkan di dalam kandungan selepas 7-10 hari daripada tarikh EDD, ia berisiko untuk mendapat kekurangan oksigen dan paling ditakuti boleh meninggal di dalam rahim (intrauterine demise).  


Jadi, saya nasihatkan kepada para ibu di luar sana supaya tidak mencuri tarikh ya!

Dr Farhanah Ibrahim
Pegawai Perubatan dan Kesihatan 
Kementerian Kesihatan Malaysia
   

No comments:

Post a Comment