Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Tips Mempercepatkan Proses Kelahiran | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Thursday, 25 September 2014

Tips Mempercepatkan Proses Kelahiran



Melahirkan bayi secara normal adalah antara 'thrill' seorang wanita. Bukan calang calang wanita yang mampu melahirkan bayi secara normal. Tapi tidaklah pulak menidakkan 'thrill' wanita yang melahirkan melalui pembedahan.

Kadangkala .. terasa mahu cepatkan proses kelahiran kerana letih dan juga kerana tidak sabar. Juga ada yang mahu menamatkan rasa sakit untuk melahirkan dengan secepat mungkin. Proses kelahiran yang lama juga boleh menimbulkan komplikasi.. maka, mari kita berharap proses kelahiran berlaku dengan cepat ya..

Antara teknik natural yang boleh digunakan untuk mempercepatkan kelahiran adalah :

✔ Elakkan berbaring di katil di dalam bilik bersalin, jika boleh. Bangun
dan bergeraklah kerana pergerakan seringkali menguatkan
kontraksi dan juga menolong anda mengatasi kontraksi.
✔ Berjalanlah ke tandas dan kosongkan pundi kencing anda. Pundi
kencing yang penuh boleh menghalang penurunan kepala bayi
anda.
✔ Mandi air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin (jika ada)
kerana ia boleh menolong mengatasi rasa sakit kontraksi,
menenangkan dan mengurangkan keperluan mengambil ubat
untuk mempercepatkan proses kelahiran.
✔ Terdapat terapi alternatif yang boleh anda cuba seperti akupunktur
atau hipnosis yang boleh membantu. (ada yang nak cuba yang ni?)

Langkah-langkah mudah berikut yang juga mempergiatkan perjalanan kelahiran anda

✔ Gunakan teknik teknik pernafasan yang dipelajari atau cuba untuk
relaks jika anda berasa teramat cemas.
✔ Minta rakan atau pasangan anda untuk menolong mengurut
belakang anda atau mengurut kaki anda.
✔ Jika tidak suka disentuh pada saat ini, anda boleh cuba mendengar
muzik yang menenangkan. Makan lah sedikit roti atau minuman
tenaga untuk mengelak nyahhidrat. Tetapi haruslah berbincang
dengan pakar bidan anda dahulu kerana setengah hospital tidak
membenarkan anda makan atau minum kecuali air kosong kerana
untuk persediaan sekiranya perlu di bedah kerana kecemasan.
✔ Sentiasa tukar posisi anda. Apabila kontraksi semakin kuat, anda
akan berasa tidak selesa untuk bejalan jadi boleh minta doktor atau
jururawat untuk membantu anda mencari posisi selesa.
✔ Penting ! Hayunkan punggung dan bongkok ke hadapan semasa
kontraksi untuk membantu rahim anda menolak bayi dengan kuat
ke atas serviks.
✔ Minta tolong jururawat atau pakar bidan menerangkan apa yang
sedang berlaku. Ini boleh membantu proses kelahiran lebih mudah
dan tenang kerana anda akan merasa relaks dan tidak cemas
tertanya tanya.
✔ Terdapat pendapat mengiring sebelah kiri mempercepatkan
proses kelahiran bayi.

Doktor anda mungkin akan mencadangkan untuk memecahkan ketuban anda. Doktor akan membuat potongan kecil di membran menggunakan alat plastik yang panjang dengan cangkuk (macam jarum mengkait). Prosedur ini mungkin tidak akan selesa tapi anda boleh bangun semula apabila ianya selesai. Kontraksi akan menjadi semakin kuat setelah ketuban dipecahkan. Bayi akan di monitor kerana takut bayi berasa cemas setelah ketuban dipecahkan.

Satu lagi cara adalah dengan bantuan drip yang mengandungi hormon tiruan dipanggil Syntocinon. Ianya berfungsi menghasilkan hormon tiruan dipanggil oksitosin. Bayi akan diawasi dengan monitor kerana Syntocinon boleh terlampau merangsang uterus dan menyebabkan kontraksi yang kuat yang mencemaskan bayi dalam kandungan.

Tidak kira apa cara kelahiran yang anda pilih, doktor anda akan cuba sehabis baik untuk memudahkan proses kelahiran anda dan memastikan dengan sedaya upaya untuk anda dan bayi selamat.

Bagi yang Islam, jangan lupa berselawat dan berdoa agar proses kelahiran dipermudahkan. Bagi pasangan (atau bapa kepada bayi), jangan lupa berada di sisi ibu kepada bayi anda dan memberi bantuan serta dorongan. Ini mampu menolong menenangkan mereka yang mahu melahirkan. Jangan pula sang bapa yang cemas dan panik. Hihi..

#danita
#https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
#http://berpantangbersalin.blogspot.com/
#www.danitamaternity.com
#sayajualbajumengandung
#sayajualsetbersalin
#sayajualjussengatdarapenggalaksusuibu

No comments:

Post a Comment