

► Tungku yg TERLALU PANAS boleh menyebabkan SARUNG HERBA TERBAKAR..
► JANGAN BASUH sarung herba
► simpan semula sarung herba di dalam bekas tertutup/plastik jika sudah benar2 sejuk utk tahan lama
►Cuba dengan tapak tangan sebelum meletak ke badan anda. Jika masih lambat utk merasa bahang kepanasan, boleh dipijak atau duduk utk mengeluarkan kepanasan haba.
►mulakan bertungku dengan meletakkannya di bahagian hulu hati.tekan perlahan-lahan sehingga boleh menggelamkan sedikit tungku tersebut. ini akan membantu melembutkan bahagian hulu hati.bahagian tersebut kerap mengeras akibat gumpalan angin yangberpunca daripada penyekatan lendir. salah satu tanda pemacahan angin lendir ialah bunyi seperti derai kocakan air dan seterusnya memudahkan rawatan bertungku.
►dari hulu hati tungku diletakkan ke sekeliling perut dan melakukan 'cungkilan'di bahagian CAWAN PEHA berhampiran kiri serta kanan bahagian ari-ari.
►letakkan tungku di atas TUNDUN buat seketika sebelum melakukan cungkilan di bahagian ari-ari secara lembut dan perlahan-lahan seperti 'mencuit' kedudukan rahim
► lakukan rawatan bertungku ini berulang kali selama setengah jam dan teruskan ke bahagian paha,celahan paha ,lutut ,bahagian kaki, serta tapak kaki.
►tamatkan brtungku dengan meletakkannya di bawah pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di celahan paha berhampiran tundun. kemudian bidan menyudahi rawatan ini dengan urutan di bahagian bahu dan kepala ibu.
►selepas sebulan menjalani rawatan,apabila tungku besi boleh tenggelam atau dibenamkan ke bahagian -bahagian yang ditungku iaitu hulu hati ,perut ,ari-ari serta peranakan ,ibu bersalin akan berasa berat tungku besi itu sampai ke tulang belakang . ini menandakan rahim sudah mengecut dan balik ke rumahnya dengan sempurna ,dan ibu akan trasa seluruh tubuh kemas rapi dan sihat.
No comments:
Post a Comment