Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Rawatan bengkak susu | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Monday 22 December 2014

Rawatan bengkak susu

Masalah bengkak susu terjadi apa bila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku dalam payudara

Terdapat dua cara untuk merawat iaitu
1.Melalui rawatan tuaman
2.Amalan minuman bagi melancarkan dan memperbanyak air susu

Rawatan Tuaman
 bahan-bahan
1 gengam halba
1 gengam jintan manis
1 genggam ketumbar biji
12 cm halia tumbuk pecah atau cencang
1 cekak daun sirih


Cara menyediakan
satukan semua bahan kedalam kain lalu diikat bunjut .Rebus sehingga kembang dan sesuai kepanasan untuk menuam
Tuam di bahagian ketiak, urat belakang belikat, tengkuk sehingga kedada, kemudian payudara
Ulangi tuaman sehingga susu menitis dan pembengkakan berkurangan, teruskan sehingga sembuh

Amalan peminuman
 Rendam 1 genggam halba didalam air suam sehingga kembang.Sebeum minum tapis dan tambahkan madu lebah asli,
Jika mahu, halba boleh direndam didalam susu lembu atau susu kambing dan tambahkan madu, Minum 1-2 cawan setiap hari

Semoga bermanfaat :)

Sumber :Ensiklopedia perbidanan melayu( Anisah Barakbah )

No comments:

Post a Comment