Wednesday, 12 November 2014
Punca sakit rengat selepas bersalin dan cara rawatanya
Sakit rengat adalah berpunca darpada pergerakan darah bantal didalam rahim yang masih mentah dan bengkak.Darah bantal ialah darah yang terkumpul selama sembilan didalam rahim bersama uri yang dikenali juga sebagai "alas bayi.
Darah bantal yang tidak dikeluarkan dengan sempurna itu tinggal dalam bentuk ketulan dan akan bergerak disekitar rahim,
Tapi jangan risau tak semua ibu bersalin diserang rengat.Sakitnya dikatakan seperti sakit dalam proses bersalin iaitu datang sekejap-sekejap dan adakala kerap.Kesakitan berbeza mengikut individu ada yang hilang cepat ada yang berlarutan.Setiap kali menyerang perut akan rasa tegang terutama dibahagian ari-ari.
Cara Rawatan
Perut ibu perlu disapu minyak urut yang berkhasiat herba panas dan dilakukan tuaman tungku.Bidan tradisonal sangat menyarankan supaya melumur minyak urut panas keseluruh badan sehingga ke kaki sejurus selepas bersalin.
Langkah ini dipercayai dapat mengalakkan serangan sakit rengat,Minuman air rebusan herba dengan madu lebah ialah amalan yang digalakkan bagi membantu process pengeluaran darah bantal dengan sempurna.Amalan ini dapat mengelakan ibu diserang angin rahim yang menyebabkan badan sembab dan sakit kepala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment