Tak kira melahirkan secara normal atau pun melalui pembedahan, seseorang wanita itu selalunya akan melalui fasa berpantang. Tak kisah lah.. berapa puluh hari malah ada yang berpantang 100 hari pon.. tapi purata keseluruhannya, mesti berpantang. Cina ada caranya, India ada caranya, orang Korea pun ada cara berpantangnya. Melayu lagi laa pulak kan.
Walaupun terdapat segelintir golongan yang beranggapan berpantang secara tradisional ini adalah kuno, namun amalan amalan yang diamalkan semasa berpantang secara tradisional ini ada sebab an kesannya ke atas fizikal dan mental si ibu.
Secara asasnya, antara amalan berpantang adalah :
Bertungku
Tungku besi
Ini antara yang wajib bagi ibu yang baru melahirkan. Ianya dilakukan menggunakan besi seberat 500 gm – 1.5 kg ataupun batu sungai yang dibalut dengan daun daun tertentu. Dipanaskan terlebih dahulu... sebelum dibalut dengan kain untuk di tekan secara perlahan lahan di bahagian tertentu si ibu.
Perlunya bertungku adalah untuk menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
Boleh saja bertungku bila bila masa dan setiap hari … no problem :D
Berurut
Berurut biasanya dijalankan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Biasanya dijalankan pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Antara sebab berurut adalah untuk memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.
Urutan beserta minyak minyak tertentu.
Mandi herba dan mandi lulur
Rasa lesu semasa berpantang boleh dihilangkan apabila si ibu mandi dengan air mandian herba. Mandian herba biasanya menggunakan air rebusan daun daun herba terpilih.
Mandi lulur pula menyapu lulur ke seluruh tubuh badan sebelum mandi. Lulur ini kemudian akan digosok secara perlahan lahan dan bertindak sebagai penyental yang membuang daki dan kulit mati yang melekat pada badan. Bahan bahan tertentu yang terkandung dalam lulur akan juga mempunyai khasiat khasiat tertentu.
Boleh mandi lulur dahulu dan kemudiannya mandi herba untuk lebih ummpphhh !
Memakai bengkung
Antara 'pakaian' wajib semasa berpantang adalah bengkung. Kebiasaannya, untuk mereka yang melahirkan secara normal, boleh terus memakai bengkung.. manakal yang melalui pembedahan.. dinasihatkan memakai bengkung selepas seminggu atau lebih. Tapi .. kini ada bengkung moden untuk mereka yang melahirkan secara pembedahan. Bagus bukan?
Sebelum memakai bengkung, perut disapukan dengan tapel yang dicampurkan air atau perahan limau nipis dan kapur sirih. Tapel berupaya mengurangkan sakit di perut dan mengempiskan perut. Pada kebiasaannya, selepas menyapu tapel, perut di alas dengan potongan kain batik buruk atau kain belacu untuk mengelakkan bengkung menjadi kotor. Untuk mereka tak suka pada tapel, boleh la menyapu losyen halia atau yang sewaktu dengannya.
Bengkung perlu diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Hal ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.
Berpilis
Tengok drama melayu bila tempoh berpantang? Dahinya mesti ada pilis. Pilis adalah antara 'lambang' wanita tersebut sedang berpantang.
Antara fungsi berpilis adalah untuk menghilangkan pening pening kepala, sakit kepala atau rasa nak pitam
Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda. Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.
Minum air akar kayu dan jamu
Paraa ibu digalakkan untuk meminum air akar kayu yang direbus/direneh. Minumlah sekali nafas jika mahu mengelakkan rasa mual. Selalunya di minum panas panas. Jamu juga ada pelbagai jenis. Pilihlah yang dirasakan sesuai. Kebanyakan air akar kayu dan jamu mempunyai fungsi yang lebih kurang sama iaitu mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam, memanaskan badan dan juga mampu mengurangkan berat badan.
Pada zaman sekarang lebih mudah dengan adanya jus sengat dara yang mana tidak rasa pahit malah rasa sedap seperti buah delima asli dimana diperbuat daripada 14 herba yang selamat digunakan seperti delima, madu, habatussauda, zafaran, akcip fatimah,kunyit, Mas cotek , goji ,serbuk mutiara,black Cohosh,Lobata,Mirifica, Manjakani dan akar serapat
Berpantang makan dan minum.
Haruslah diingatkan ya.. bahawasanya bukan kesemua makanan dan minuman sesuai diambil ketika berpantang. Ini adalah kerana tubuh ibu memerlukan masa untuk pulih setelah 'cedera' atau luka semasa bersalin. Ada makanan yang melambatkan proses pembaikpulihan luka dalaman. Makanan dan minuman ini selalunya bergantung pada keadaan seseorang.
Mereka yang menyusukan bayi yang sedang demam kuning tidak digalakkan mengambil halia atau lada hitam berlebihan. Mungkin juga boleh dielakkan terus sehingga demam kuning bayi hilang.
Janganlah kita membanding bandingkan cara kita berpantang dengan cara orang barat. Sebabnyaaa... orang barat ada mengambil alkohol untuk memanaskan dalaman. Berpantang secara tradisional ini adalah lebih selamat dan semulajadi.
Berpantang secara tertib mampu menghasilkan tubuh badan yang cergas dan sihat. Hasilnya boleh dinikmati bertahun tahun lamanya. Jangan pula pantang nampak .. or pantang disentuh. Itu mengundang bahaya.. :p
Boleh baca keterangan mengenai set ini disini
Set bersalin luaran Danita
Harga : RM250
Berminat?
Sila SMS/Whatsapp ke 0193080948
No comments:
Post a Comment