Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Durian Oh Durian dan Kehamilan... | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Tuesday, 9 September 2014

Durian Oh Durian dan Kehamilan...

Hamil adalah antara perkara mengujakan bagi semua wanita yang sudah berkahwin. 

Bagi penggemar Raja Buah Buahan atau nama glamernya Durian, mesti tertanya tanya samada ianya selamat atau tidak untuk menikmati buah lemak manis tersebut semasa hamil. Jangan panik atau risau... kut kut terliur sebab tak dapat makan durian. 





Secara saintifik, durian adalah selamat dimakan oleh wanita hamil. Tapi dalam jumlah yang sederhana. 2-3 ulas sahaja. Jangan pulak pi makan sampai sebijik sampai panas badan badan. Ada juga orang lama yang berpendapat jika makan banyak durian.. bayi yang dilahirkan akan ada tompok merah di kulit dipercayai akibat 'panas' durian.

Beberapa fakta dan pendapat yang wanita hamil harus tahu tentang durian :

✔ Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi lebih kurang 60 kalori.
✔ Durian tergolong dalam makanan glisemia tinggi yang bermaksud pemakanan durian mampu menyebabkan gula darah (glukosa darah) meningkat tinggi. Hadkan pengambilan durian semasa kehamilan dan untuk mereka yang menghidapi kencing manis, NO untuk durian semasa hamil.
✔ Organo-sulfur dan triptofan dalam durian. Bahan-bahan tersebut mempunyai kesan antioksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.
✔ Sesetengah wanita hamil mengalami loya loya dan kembung perut akibat makan durian adalah kerana penghasilan gas oleh durian didalam perut dan usus. Maybe terkentut kentut juga ya..
✔ Durian boleh membantu mereka yang mengalami sembelit. Jangan tak tahu...
✔ Ada pendapat, makan durian dengan banyak di akhir kehamilan boleh trigger contraction. Sejauh mana kebenaran, belum dapat dipastikan. Ada yang pernah alami tak?

Perlu diingatkan adalah hormon wanita yang hamil tidak normal dan tidak sama. Tiada sebarang kajian membuktikan durian tidak boleh langsung dimakan oleh mereka yang hamil (kecuali yang menghidap kencing manis). Yang penting, berpada pada dan besederhana ketika menikmati Raja Buah ini.



Jangan lupa baca Bismillah dulu tau... 

#danita
#https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
#http://www.danitamaternity.com/

No comments:

Post a Comment