Wednesday, 26 November 2014
Petua mengecutkan Rahim
Mengikut ilmu perbidanan melayu rahim yang membesar sepanjang kehamilan akan mengembang selepas kelahiran.Keadaan rahim selepas process kelahiran adalah bengkak, mentah dan luka,
Dalam temph awal pantang, tidak boleh dipaksa rahim mengecut dengan cepat atau ditolak balik kerumahnya.ia haruslah dilakukan dengan cermat dan betul, biasanya akan mengecut selepas 2 minggu bersalin. dan akan betul-betul mengecut dan kembali kekedudukanya selepas 44 hari berpantang,
Rahim yang sihat dapat meghasilkan awet muda walaupun setelah melahirkan anak beberapa kali,seperti kita lihat pada orang terdahulu
Jika penjagaan ini diabaikan rahim akan jadi lemah, berair atau kering, dimana lama kelamaan akan mencetuskan masalah hakisan mulut rahim dan seterusnya menjadi salah satu sebab barah pangkal rahim. Nauzubillah...
Resepi Rebusan Lobak
Bahan
1 genggam akar lalang
1 batang lobak merah-cencang
1 batang lobak putih - cencang
cara menyediakan
rebus bahan-bahan bersama 7 gelas cawan air menjadi 1 gelas
minum sehingga habis
Sumber : Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment