Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Seks Semasa Hamil, Apa Kata Anda? | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Wednesday, 15 October 2014

Seks Semasa Hamil, Apa Kata Anda?

Seks Semasa Hamil, Apa Kata Anda?

Antara persoalan penting, bolehkah melakukan seks ketika hamil? Selamatkah bayi dalam kandungan? Sakitkah? Buat mereka yang hamil kali kedua dan seterusnya, mungkin sudah tahu jawapannya.. tapi bagi mereka yang hamil pertama kali, terutamanya selepas menunggu bertahun bertahun... persoalan ini mesti menghantui diri.

Jaawapannya adalah YA. Boleh melakukan seks semasa hamil. Tiada larangan. Kecuali... jika anda mengalami tanda tanda atau simptom simptom tertentu. Jika kehamilan anda normal (mengikut kata doktor atau pakar bidan anda) maka anda bebas melakukan seks bila bila masa sehinggalah air ketuban anda pecah. Jangan tak tahu, sesetengah suami melihat isteri yang hamil sebagai seksi.

Jangan risau atau takut untuk melakukan seks dengan pasangan anda kerana penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi bayi daripada jangkitan. Kantung amnion dan otot oto uterus juga bertindak melindungi bayi. Jika anda terasa uterus anda bergerak dengan rancak atau kencang selepas seks, jangan panik kerana ia selalunya disebabkan jantung anda yang mengepam kuat.

Tetapi, anda harus berhati hati sekiranya anda dinasihatkan untuk “berpuasa” atau tidak melakukan seks atas sebab sebab berikut :

·         pendarahan;
·         sakit atau kekejangan abdomen;
·         ketuban pecah;
·         sejarah kelemahan serviks;
·         plasenta previa, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.


Paling penting, sekiranya suami anda disahkan menghidap herpes genital. Jika anda menghidap herpes genital semasa hamil, ianya mungkin menjangkiti kandungan dan membahayakan bayi anda.

Anda risau jika melakukan seks semasa hamil menyakitkan atau tiada nikmat? Bagi sesetengah wanita, ianya bertambah baik dan bagi sesetengah wanita, tidak begitu baik. Wanita hamil mudah merasa sensasi kerana pengliran darah ke ruang pelvis yang bertambah dan menyebabkan alat kelamin membengkak. Begitupun, keadaan ini juga membuat wanita mudah berasa tidak selesa selepas seks berakhir. Terdapat juga sesetengah wanita yang berasa sakit ketika seks ketika hamil. Ini adalah kerana kekejangan abdoman semasa sesudah atau semasa seks kerana klimaks boleh mengakibatkan kontraksi kontraksi yang ketara terutamanya pada trimester ketiga. Tetapi, kekejangan ini akan hilang .. sama seperti Braxton Hicks.

Namun, sekiranya anda berasa tidak mahukan seks sejak hamil, jangan berasa risau kerana ianya normal. Hamil menyebabkan perubahan-perubahan terhadap badan anda juga hormon anda. Ianya mungkin disebabkan rasa mual dan keletihan terutama sekali ketika dalam trimester pertama. Trimester kedua pula sering dinanti nantikan kerana nafsu berahi yangn meluap luap. Nafsu berahi ini mungkin menurun semula pada trimester ketiga kerana pada ketika ini wanita merasakan sudah tidak menarik dan juga sering memikirkan proses kelahiran yang mendatang.

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah bahawa setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa hamil.

Jika posisi posisi semasa seks menjadi kemusykilan anda, anda mungkin boleh mencuba mana-mana posisi berikut :
·    Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik apabila perut anda semakin membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya dari uterus anda.
·        Gunakan katil sebagai alat membantu. Perut anda bukan penghalang jika anda berbaring menelentang di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda.
·      Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudu (spooning), yang hanya membolehkan penetrasi yang tidak dalam. Penetrasi yang dalam boleh jadi tidak selesa apabila kehamilan meningkat.
·       Naik atas suami anda. Dengan cara ini abdomen anda tidak tertekan dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.
·        Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).

Sekali lagi diingatkan, posisi-posisi ini hanya sesuai untuk mereka yang tidak menghadapi masalah seperti disebutkan di awal tadi. Jika anda takut takut, mungkin anda boleh mencuba posisi spooning yang selalunya tidak mengganggu perut dan tidak meletihkan anda. Anda mungkin harus mencuba pelbagai posisi sebelum bertemu dengan posisi yang membuatkan anda berasa selesa untuk melakukan seks ketika hamil. Eksperimen dulu...

Jangan tak tahu, seks ketika hamil juga mempunyai kebaikan. Antara kebaikan yang anda mungkin perolehi dari seks semasa hamil :
·         Sememangnya biasa bagi ibu mengandung mengalami kekejangan serta sakit kepala yang melampau. Puncak nikmat atau klimaks ketika melakukan hubungan seks sebenarnya boleh membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.
·         Hormon yang berubah secara drastik membuatkan emosi wanita hamil tidak stabil. Hubungan seks bersama suami mampu menyelesaikan masalah ini sekaligus memperbaiki kesihatan mental isteri.
·         Kajian menunjukkan hubungan seks kala hamil dapat menambahkan bekalan darah ke bahagian rahim dan faraj. Dan ini baik untuk anak di dalam kandungan.
·         Sekiranya pasangan melakukan hubungan seks berhampiran tarikh bersalin, ia boleh melembutkan serviks dan membantu memudahkan proses kelahiran.
·         Hubungan seks ketika mengandung mampu menguatkan ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri sehingga ada yang mengatakan suami akan jauh lebih mengenali dan memahami isteri secara zahir dan batin.
·         Ia juga membantu tumbesaran janin dan mengelakkan kelahiran pramatang.

Hormon juga perubahan ketika hamil adalah tidak sama bagi setiap individu. Namun, kita mungkin boleh mencuba dan menyesuaikan keadaan kita dengan sekitar. Jika anda berasa takut atau risau, anda mungkin boleh bertanya pada obgyn anda ketika temujanji pemeriksaan bayi. Jika obgyn anda melarang seks, jangan pula anda melawan obgyn anda. Percayalah.. ada sebab anda tidak dibenarkan melakukan seks.




No comments:

Post a Comment