1. Kurma
• Kurma adalah antara makanan sunnah yang menjadi pilihan ramai ibu untuk menambah susu. Boleh dimakan begitu saja.. atau direndam dalam air panas dan diminum (kurma merah)
2. Longan
• Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. Boleh juga direndam bersama kurma merah
3. Halba
• Murah dan mudah didapati, halba juga mampu menambahkan susu ibu. Boleh didapati di pasaraya di bahagian rempah. Cara penyediaannya mudah dan ringkas. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Rendam halba didalam air panas sebelum diminum. Jangan lupa tapis dahulu. Di kelantan, selalunya pada musim hujan, terdapat putu halba dijual di tepi tepi jalan. Sedap...
4. Lobak Putih
• Lobak putih boleh menambah susu badan. Boleh dimakan mentah (jika lalu) atau dimasak sebagai lauk.
5. Kekacang.
• Dengan kandungan Vitamin B yang tinggi, kekacang boleh didapati dengan mudah dan murah. Badam dan gajus boleh dijadikan snek harian dan juga boleh dibuat susu. Susu badam mudah dihasilkan dan rasanya enak. Mungkin boleh diblend bersama kurma untuk rasa dan faedah yang lebih.
6. Minuman Malt
• Minuman malt seperti horlicks atau milo mampu menambah penghasilan susu badan. Minumlah sekurang kurangnya 2 gelas sehari dan saksikan peningkatan susu badan anda.
7. Bawang putih
• Jangan tak tahu, bawang putih juga mampu membantu penambahan susu ibu. Ada yang membuat minuman bawang putih. Lebihkan bawang putih semasa makan.
8. Susu, produk tenusu dan pil kalsium
• Minum lebih susu dan makan produk hasil tenusu seperti cheese dan pil kalsium juga membantu memperbanyakkan susu. Di sampng itu juga, memberi khasiat pada ibu juga.
9. Barli
• Buat minuman barli dan anda secara tidak langsung memperbanyakkan susu anda juga.
10. Oats/ Oatmeal
• Meransang penghasilan pitocin yang mana merupakan kunci pada hormon penghasilan susu.
11. Beras Perang
• Mampu mengelakkan penambahan berat badan bagi ibu tapi pada masa yang sama, menambah susu ibu
Ini adalah sebahagian dari makanan yang mampu menambahkan susu ibu. Anda boleh mencuba yang mana mana satu dan membandingkan penghasilan susu anda. Jangan lupa pula untuk rileks kerana emosi juga mampu memberi kesan pada penghasilan susu anda. Setiap dari anda mempunyai badan dan hormon berlainan maka mungkin makanan penambah susu badan berkesan pada anda dan tidak pada anda yang lain pula. Jika mahu, boleh juga cuba air tin water chestnut, alfalfa dan sayuran seperti ubi bit atau lobak merah. Jangan takut untuk mencuba dan jangan lupa.. elakkan makanan yang mampu mengurangkan penghasilan susu.
Penting juga, minum air yang mencukupi untuk tubuh anda. Elakkan menahan lapar dan dahaga jika anda menyusukan bayi anda. Mungkin juga anda boleh berjumpa kaunselor penyusuan bayi di hospital jika perlu.
Susu ibu adalah pemakanan paling berharga buat bayi anda.
#danita
#https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
#http://berpantangbersalin.blogspot.com/
#www.danitamaternity.com
#sayajualbajumengandung
#sayajualsetbersalin
#sayajualjussengatdarapenggalaksusuibu
No comments:
Post a Comment