Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Apa di dalam beg hospital anda? | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Monday, 27 October 2014

Apa di dalam beg hospital anda?


Jangan kata anda sudah 36 minggu tapi masih belum menyediakan beg hospital. Jangan begitu ya bakal ibu bapa sekelian. Untuk mengelakkan kelam kabut di hari si comel anda hendak dilahirkan, anda perlulah menyediakan beg hospital sebelum minggu ke 36. Bukan hanya beg hospital, jangan lupa sediakan car seat untuk bayi anda juga ya.

Anda masih buntu memikirkan apa yang perlu dibawa? Setiap hospital mempunyai polisi berbeza mengenai apa yang anda perlu bawa ketika melahirkan. Terutamanya hospital kerajaan dan swasta. Anda mungkin mahu membawa beberapa barang peribadi anda untuk diletakkan didalam bilik wad anda di hospital untuk lebih selesa. Anda boleh membawa bantal anda sendiri atau kusyen kegemaran anda asalkan ianya tak megganggu mereka yang lain (jika anda berkongsi wad). Jangan pula anda membawa pelbagai barang dari rumah hingga tiada tempat untuk disimpan pula nanti.


Apa yang perlu ada di dalam beg anda :

Untuk ibu :
·         Pelan kelahiran (jika perlu / ada)
·         Rekod mengandung
·         Gaun yang sesuai (sekiranya anda perlu mundar mandir didalam hospital)
·         Selipar
·         Stokin (jika anda mudah berasa sejuk juga untuk digunakan selepas melahirkan)
·         Baju berbutang dihadapan (jika perlu. Butang dihadapan untuk memudahkan proses menyusukan bayi)
·         Minyak urut atau losyen
·         Pelembap bibir
·         Snek dan minuman
·         Kamera digital atau kamkoder untuk ada merakam detik manis kelahiran
·         Charger telefon (jangan lupa .. nanti marah pula sedara mara dan teman teman yang menunggu perkhabaran gembira dari anda)
·         Kelengkapan peribadi (toilettries)
·         Persalinan untuk dipakai pulang
·         Sweater /baju tebal
·         Coli menyusu
·         Tuala wanita
·         Seluar dalam yg sesuai

Untuk bayi :
·         Persalinan untuk dipakai untuk pulang kerumah
·         Selimut bayi
·         Lampin bayi
·         Stokin / sarung kaki bayi
·         Sarung tangan bayi
·         Topi bayi
·         Kain bedung/muslin
·         Car seat


Jangan lupa bincangkan pelan kelahiran dimana anda boleh meminta atau mencadangkan proses kelahiran pilihan anda. Mungkin perlukan epidural, gas atau secara alami. Seeloknya bincangkan dengan doktor di hospital tempat anda akan melahirkan. Bawa sekali kit penyimpanan darah tali pusat (jika ada). Letakkan bag anda di tempat yang mudah dilihat agar anda tidak akan lupa ketika kelam kabut hendak ke hospital apabila proses kelahiran sudah bermula.

Selamat Menyambut Si Comel Anda !


#https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
#http://berpantangbersalin.blogspot.com/
#www.danitamaternity.com
#sayajualbajumengandung
#sayajualsetbersalin
#sayajualjussengatdarapenggalaksusuibu



No comments:

Post a Comment