Antara kewajipan ketika berpantang
selepas melahirkan adalah berbengkung. Antara penyebab yang mendorong wanita
berbengkung adalah untuk memperoleh badan yang langsing seperti sediakala.
Langsing dan tidak mengembang kan?
Terdapat
3 jenis bengkung yang selalu
·
Bengkung barut yang
sama seperti barut kanak-kanak.
·
Bengkung Zig Zag yang
lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas.
·
Bengkung Jawa atau
bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada
badan.
Ketika memilih bengkung yang hendak dipakai, sebaik baiknya pastikan bengkung tersebut mempunyai diameter panjang daripada paras payudara sehingga ke bawah pinggul. Ini adalah untuk memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim serta bagi membataskan pergerakan anda. Pastikan juga bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak terurai sehinggalah perlu dibuka untuk mandi petang atau hari kemudiannya. Seelok eloknya pakailah bengkung pagi dan petang, setiap masa.
Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah. Oleh itu, pemilihin bengkung dengan saiz dan dari kain yang sesuai amatlah penting.
"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar."
Cara yang betul untuk memakai bengkung :
·
Pastikanlah ia dipakai
secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan Ikat sampai ke bahagian di bawah
payudara
·
Sapukan minyak dengan
ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
·
Jika sukar untuk
mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli
di kedai.
Kebaikan berbengkung yang lain:
·mengempiskan
perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk
asal;
·melindungi
organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
·mengetatkan
perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
·memecahkan
lemak dan selulit;
·mencegah
dari makan berlebihan.
Walaupun begitu, berbengkung sahaja tidak mencukupi.
Pastikan amalan lain seperti berurut, bertungku, memakan jamu dan mandian herba
melengkapkan amalan berpantang. Pastikan anda berbengkung sentiasa dan dengan
betul untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Ikat ketat-ketat ya !
Ikat ketat-ketat ya !
BENGKUNG tradisional ZIG ZAG
Harga : RM 50 termasuk pos
size : M,L,XL
Saiz Bengkung (pinggang)
M 28-32 inci
L 33-37 inci
XL 38-43 inci
L 33-37 inci
XL 38-43 inci
labuh bengkung
20 inci
20 inci
Berminat?
Whatsapp 0193080948 taip ZIG ZAG
Whatsapp 0193080948 taip ZIG ZAG
#https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
#http://berpantangbersalin.blogspot.com/
#www.danitamaternity.com
#sayajualbajumengandung
#sayajualsetbersalin
#sayajualjussengatdarapenggalaksusuibu
No comments:
Post a Comment