Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Diperah | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Wednesday 5 November 2014

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Diperah


Tahniah kerana anda berjaya menyusukan anak anda dengan susu ibu ataupun anda berniat nak menyusukan anak anda dengan susu ibu. Sesungguhnya ianya satu anugerah tak ternilai. Anda tu pula macam mana? Dah nak habis cuti dan bercadang nak menngepam susu untuk stok semasa anda bekerja? Anda tak tahu cara betul untuk menyimpan stok susu anda? Jom kita sama-sama belajar cara betul untuk penyimpanan stok susu ibu.

Susu ibu sesuai disimpan :
·         Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
·         Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
·         Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
·         Peti sejuk 1 pintu
·         Bahagian fridge 4°C: 7 hari
·         Bahagian freezer -15°C: 2 minggu
·         Peti sejuk 2 pintu
·         Bahagian fridge, 4°C: 5 hari
·         Bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
·         Deep freezer -20°C: 6 bulan.
·         Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.
·         Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
·         Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
·         Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Bagaimana cara anda menyediakan susu ibu untuk disimpan :
·         Botol/bekas simpan susu mesti dibasuh bersih dengan sabun, direndam dan dibilas dengan air panas mendidih serta dikeringkan sepenuhnya sebelum disimpan.
·         Catat tarikh perahan pada botol/bekas susu sebelum disimpan
·         Simpan susu dalam kadar mencukupi untuk tempoh 1 kali penyusuan (cth: 3-4 oz satu bekas)
·         Jangan simpan susu hingga penuh bekas/botol. Tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku semasa proses pembekuan.
·         Sebaiknya simpan susu yang hendak dibekukan di bahagian sejuk dahulu sebelem dipindahkan ke bahagian freezer untuk mengelakkan nutrient di dalamnya rosak akibat perubahan suhu mendadak
·         Elakkan menyimpan susu di bahagian pintu peti sejuk kerana pintu kerap dibuka tutup mengakibatkan suhu tidak stabil di bahagian itu.
·         Digalakkan simpan susu di bahagian paling atas dan paling dalam peti keranan suhu di situ lebih stabil dan sekata
·         Jika menggunakan cooler bag, pastikan ice pack mencukup, ganti ice pack jika perlu dan elakkan membuka bag dengan kerap agar suhu dapat distabilkan sebaik mungkin.

Anda juga mesti memastikan peralatan yang digunakan adalah bersih dan bersesuaian. Jangan gunakan sebarangan alatan ya kerana sesetengah bahan tak sesuai untuk menyimpan susu ibu. Antara pilihan bekas simpanan yang sesuai untuk menyimpan susu ibu adalah :
·         Bekas plastik atau botol plastik yang bebas BPA
·         Breastmilk storage liner yang memang dikhaskan untuk menyimpan susu ibu. Terdapat pelbagai size dan jenama.

Bagi anda yang bekerjaya, anda boleh mengikuti tips-tips berikut :
·         Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk/cooler bag. Dalam perjalanan balik mengguanakan cooler bag, pastikan ice pack mencukupi untuk perjalanan balik agar susu perahan kekal sejuk. Sampai di rumah, anda boleh menyimpan susu tersebut di dalam peti sejuk bawah atau atas. Elakkan menyimpan susu di tempat sejuk beku di pejabat atau anda akan mengalami kesukaran untuk membawanya pulang (susu yang telah beku mesti dipastikan sentiasa beku dan tidak boleh mencair walau sedikit dalam perjalanan pulang)
·         Susu beku yang telah mula cair walaupun sedikit tidak boleh dibekukan semula. Anda harus menyimpannya di peti sejuk bawah dan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam ia mula mencair.
·         Sebaiknya simpan susu perahan di peti sejuk bahagian bawah sekiranya ia untuk stok beberapa hari. Selepas hari ke –5 jika masih belum digunakan, anda boleh menyimpannya di bahagian beku/freezer.
·         Susu perahan yang dibekukan yang kehilangan sedikit nutrients akibat proses pembekuan tetapi khasiatnya tetap jauh lebih baik dari susu formula. Jadi anda harus memberikan bayi anda susu secara direct feeding, susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi kandungan nutrient untuk bayi anda.
·         Jika susu yang telah dipanaskan untuk diberi kepada bayi tidak habis diminum, anda boleh menyimpan semula susu itu dalam peti sejuk bahagian bawah untuk digunakan dalam tempoh tidak lebih dari 2 jam. Sekiranya selepas penyusuan ke-2 itu masih berbaki, susu itu mesti dibuang.
·         Jangan panaskan susu dengan air panas menggelegak, microwave atau air melebihi suhu 70 degree Celcius kerana khasiat di dalamnya akan rosak.


Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. Syabas untuk anda semua kerana mengorbankan masa dan tenaga untuk memastikan si comel anda dapat menikmati susu ibu. Anugerah hebat dan hak mereka.

#danita
#https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
#setluaranbersalindanita
#jussengatdarapenggalaksusuibu

No comments:

Post a Comment