Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Kebaikan susu ibu | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Sunday, 21 September 2014

Kebaikan susu ibu


Apa itu Susu Ibu ?

Ada yang panggil pek, ada pula panggil susu cap gantung tapi apapun gelaran bagi susu ibu...tidak mengubah hakikat bahawa ia adalah susu yang paling berharga di dalam dunia. Tiada saintis yang dapat memberi komposisi kandungan susu ibu secara tepat. Berharganya susu ibu sehinggakan menangis ibu jika tidak dapat menyusu anaknya walau sekali pun selepas lahir.. menangis apabila melihat susu yang dipam tumpah ke lantai.. mana nak carik ganti tuuuu..

Apa didalam susu ibu? Nak tahu ? Terdapat protein, lemak, vitamins dan karbohidrat.

Protein :
  • Laktoferrin : Yang akan bergabung dengan zat besi dan bertindak membantutkan pembiakan bakteria jahat
  • Bifidus Factor : Membantu pertumbuhan lactobacillus yang bertindak melindungi bayi dari bakteria jahat dengan cara pengasidan yang menyebabkan bakteria jahat tidak mampu membiak.
  • Lysozyme : Enzim yang melindungi bayi dari E.Coli dan Salmonella dan mengandungi fungsi anti-radang
  • IgA : Melindungi bayi dari virus dan bakteria yang terdapat pada ibu, bapa atau orang orang terdekat. Melindungi bayi dari E.Coli dan sesetengah alahan dengan bantuan immunoglobulins lain termasuk IgG dan IgM.

Lemak :
  • Lemak penting yang perlu untuk pertumbuhan otak, penyerapan vitamin dan merupakan sumber kalori utama. Asid lemak diperlukan untuk otak, retina dan perkembangan sistem saraf .

Vitamins :
  • Vitamin A, D, E dan K yang penting untuk untuk kesihatan bayi
  • Juga vitamin lain.
  • Ibu perlu mengambil makanan berkhasiat dan pil pil vitamin tambahan (jika perlu) kerana kebanyakan vitamin dalam susu ibu datangnya dari pemakanan ibu tersebut. Ingat tu.. jangan makan sebarangan sangat.. not good :D

Karbohidrat :
  • Laktosa adalah karbohidrat utama dalam susu ibu
  • Menolong membantu mengurangkan jumlah bakteria tidak sihat didalam perut yang akan membantu penyerapan kalsium, fosforus dan magnesium.
  • Membantu melawan penyakit dan menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam perut.

Para ibu disarankan memberi anak mereka susu ibu sepenuhnya sehingga umur 6 bulan dan diteruskan sehingga anaknya berumur 2 tahun. Banyak faedah susu ibu pada anak malah secara tak langsung memberi kebaikan pada ibu yang menyusukan.

Susu ibu adalah bagus pada bayi kerana :

  • Susu ibu mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi
  • Nutrien tersebut berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar (kerana itulah pada awal kelahiran, kolostrum terbentuk)
  • Mengandungi kolostrum yang menguatan sistem imuniti bayi dan mampu melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Dengan susu ibu, masalah alahan seperti eczema, asthma dan kolik bayi dapat diatasi
  • Nutrien yang terdapat didalam susu ibu penting dalam perkembangan otak bayi.
  • Ianya terbukti tidak mudah tercemar
  • Susu ibu (secara direct) mudah diperolehi dalam suhu yang sesuai. Dengan itu nutrien dan zat zatnya tidak rosak.
  • Menyusukan bayi secara tidak langsung memberi keselesaan emosi pada ibu dan bayi

Ibu pula mendapat khasiat dari susu ibu melalui :

  • Pengecutan rahim dan mengembalikan peranakan seperti asal dengan cepat. Kerana itulah selalunya selepas bersalin, semasa menyusukan anak, sesetengah ibu merasa kontraksi.
  • Membantu membakar kalori dan menguruskan badan secara tak langsung
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari
  • Bertindak sebagai perancang keluarga

Nampak tak betapa banyak khasiat susu ibu? Sesetengah daripada kaum ibu merasakan tidak mampu untuk menyusukan bayi dan memerlukan bantuan dari kaunselor atau pemakanan. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang terdiri daripada kelab menyokong penyusuan ibu, makanan makanan tambahan dan pelbagai tips untuk membanyakkan susu ibu.

Paling penting, suami harus sama sama membantu isteri dalam memastikan penyusuan susu ibu berjaya 100%. Tak kira dari segi moral atau fizikal. Jangan memperlekehkan usaha isteri untuk menyusukan bayi sepenuhnya.

Selamat Menyusukan bayi.. jangan lupa tataplah wajah bayi anda ketika menyusukan, Akan rasa tenang je... :D




No comments:

Post a Comment