Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY EPIDURAL | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Friday, 19 September 2014

EPIDURAL

Apa itu EPIDURAL secara ringkas

Epidural adalah satu suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda melalui sebatang jarum yang bengkok dan berlubang. Seorang pakar bius akan mencucuk hujung jarum yang bengkok tersebut ke antar dua vertabrae dan jarum itu pula akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung ykang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus (kateter) akan disalurkan melalui jarum tersebut dan kemudiannya hanya jarum tersebut yang akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang anda dan local anaesthetics (kelas dadah yang digunakan untuk menghilangkan daya ransangan) akan disalurkan melalui kateter tersebut untuk mengebaskan bahagian bawah anda.

Cara lain pula, kateter akan dilekatkan pada satu pam kecil yang membolehkan pakar bius mengawal jumlah local anaesthetics yang diperlukan dan pam kecil tersebut akan mengawal suntikan dos yg dilepaskan mengikut masa yang ditetapkan.


Ianya berfungsi sama seperti doktor gigi yang mengebaskan bahagian gusi sebelum mencabut gigi anda. Bahagian tertentu akan dikebaskan dimana saraf yang berfungsi membawa isyarat sakit dari rahim atau serviks anda akan dimatikan dengan epidural ini dalam tempoh tertentu.



Epidural adalah selalunya sangat efektif tetapi akan mengambil masa sekurang kurangnya 30 minit untuk berkesan. Jika anda mengambil suntikan epidural, anda akan tidak merasa perasaan untuk push kerana kesan kebas.

Epidural bukan untuk anda sekiranya :
  1. Anda ada masalah darah beku (blood-clot) dan mengambil ubatan mencairkan darah. Maklumkan pada bidan anda sekiranya anda ada masalah ini.
  2. Anda pernah dibedah dibahagian belakang badan.
  3. Mempunyai kiraan platelet rendah
  4. Mengalami jangkitan darah
  5. Mengalami pendarahan atau dalam kejutan
  6. Pakar bius tidak dapat mencari kawan epidura anda.
  7. Jika bukaan kelahiran berlaku secara cepat, tidak akan ada masa mencukupi untuk mengawal dos epidural anda

Faedah mengambil suntikan Epidural:
  1. Anda boleh berehat jika proses kelahiran mengambil masa yang panjang.
  2. Dengan tidak merasa sakit ketika proses kelahiran, anda mungkin mengalami proses kelahiran yang mudah dan tidak traumatik.
  3. Jika anda mengambil epidural kerana caeseran, anda boleh berjaga ketika pembedahan dijalankan dan terlibat ketika proses menyambut bayi. Nak tengok perut anda dibelah pun boleh (atas kebenaran doktor anda dan anda berani !)
  4. Epidural amat berkesan dalam memberi anda rehat yang cukup, perasaan tenang dan kekuatan untuk menghadapi proses kelahiran.
  5. Kebanyakan kes kelahiran dengan bantuan epidural adalah sukses! Anda tidak perlu takut untuk memina bantuan epidural jika mahu.

Kesan dari suntikan Epidural :
  1. Epidural boleh menyebabkan tekanan darah anda turun tiba tiba. Untuk ini, tekanan darah anda akan diperiksa secara rutin untuk memastikan anda dan bayi sihat.
  2. Anda mungkin akan mengalami sakit kepala yang teruk akibat kebocoran dari cecair tulang belakang. Jangan risau, hanya 1% yang mengalami kesan sebegini. Jika ini berlaku, satu prosedur yang dipanggil “blood patch' akan dibuat dimana darah anda akan disuntik kedalam bahagian epidura untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu.
  3. Selepas di suntik epidural, anda hanya akan terbaring secara mengiring sebelah ke sebelah dan akan di monitor denyutan jantung bayi. Terbaring mengiring mungkin boleh memperlahankan/melambatkan proses kelahiran.
  4. Antara kesan sampingan : menggigil, telinga berdesing, sakit belakang, kebas kebas di tempat jarum dicucuk, loya dan kesukaran kencing.
  5. Epidural boleh menyebabkan kelahiran bayi memerlukan bantuan sampingan seperti Pitocin, forceps, vakum dan caeserean (sekira epidural kelahiran normal).
  6. Setelah beberapa jam selepas kelahiran, anda mungkin akan masih tidak merasa apa apa di bahagian bawah badan dan memerlukan bantuan untuk bergerak.

Jika anda tidak pasti tentang suntikan epidural semasa kelahiran nanti, berbincang dengan doktor perbidanan anda kerana terdapat pelbagai cara lain untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Tetapi jangan risau sekiranya anda ingin menempuhi alam kelahiran dengan relaks santai menggunakan epidural. Insyallah, dengan bantuan pakar bius dan mereka yang terlibat... epidural tidak akan mendatangkan sebarang masalah. Rehat dan tenaga yang mencukupi sebelum proses meneran kelahiran adalah sangat sangat penting.


No comments:

Post a Comment