Hamilkah Saya ?
Bila dah berumahtangga, perkara paling
ditunggu tunggu oleh kaum wanita adalah hamil. Siapa yang tak suka, zuriat
sendiri yang alahai.. comel lote sangat. Setiap bulan, berdebar debar rasa hati
… menunggu Cik P datang menjenguk. Kalau ada, aaahhh... kecewa lagi. Kalau tak
ada, hamilkah saya ?
Antara 10 tanda tanda hamil yang sering di
alami :
1. Terasa sakit atau
denyutan pada payudara
·
Sesetengah
wanita akan merasa payudara yang berdenyut denyut. Ada yang merasa terlampau
sakit sehinggakan geselan pada baju mampu membuat mereka tidak merasa selesa
dan mengaduh kesakitan. Ini adalah normal (sekiranya anda hamil). Ia adalah
kerana ketika hamil, peningkatan hormon berlaku dan Lapisan
lemak di dalamnya menebal dan kelenjar susu serta darah bertambah menyebabkan
payudara berubah bentuk dan semakin membesar.
2. Loya
dan muntah
·
Tiba tiba tekak rasa mual. Tak kira waktu pagi atau petang.
Sesetengahnya semasa sedang tidur... rasa mual dan loya. Juga pengumpulan air
liur yang banyak. Jika anda rasa air liur berkumpul dengan banyaknya... itu
salah satu tanda anda hamil ya
3. Kekerapan
kencing
·
Tiba tiba walaupun sedikit.. tetapi tetap akan berulang ke tandas
untuk kencing. Ini kerana hormon dan tekanan dari uterus yang membengkak dan
membesar semasa hamil.
4. Perubahan
warna sekeliling areola
·
Puting susu dan kawasan sekelilingnya akan berubah warna dan
menjadi semakin gelap. Kadangkala akan terasa gatal. Ini adalah akibat
perubahan hormon estrogen dan progesterone.
5. Rasa
kelaparan yang berpanjangan
·
Jika anda tiada masalah mual yang teruk, anda mungkin akan menjadi
berselera untuk makan. Wanita hamil memerlukan lebih 300 kalori dari biasa.
6. Rasa 'metalik' di dalam mulut
·
Sesetengah wanita hamil merasa rasa besi atau 'metalik' di dalam
mulut yang kadang kala dianggap rasa payau. Ini antara penyebab mengapa wanita
hamil gemar makan asam asaman atau makanan masam kerana nak menghilangkan rasa
besi ini.
7. Rasa pening atau pitam
·
Perubahan
hormon yang kemudiannya ditambah dengan degup jantung yang laju berbanding biasa
boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah semasa awal kehamilan. Dengan
yang demikian, ramai mereka yang hamil mudah berasa pening atau pitam. Hati
hati ya.
8. Keletihan
Wanita akan berasa sangat letih pada awal kehamilan. Ya, ia memerlukan banyak tenaga untuuk menghasilkan bayi ! Anda akan berasa kurang letih pada masa minggu ke 12 kehamilan. Ini apabila plasenta sudah lengkap sepenuhnya.
Wanita akan berasa sangat letih pada awal kehamilan. Ya, ia memerlukan banyak tenaga untuuk menghasilkan bayi ! Anda akan berasa kurang letih pada masa minggu ke 12 kehamilan. Ini apabila plasenta sudah lengkap sepenuhnya.
9. Lewat
haid
·
Ini adalah antara simptom yang paling utama. Apabila anda hamil,
haid tidak akan datang tetapi jika haid tidak datang, tidak semestinya anda
hamil. Ketidakhadiran haid mungkin disebabkan faktor lain seperti stress,
perubahan diet dan lain lain. Ada juga yang hamil tetapi pada bulan pertama,
haid akan datang dalam bentuk spotting. Ini kadangkala disebabkan embrio di
implan ke uterus.
10. Perubahan
suhu basal
·
Wanita yang hamil akan berubah suhu basal tubuh dimana suhunya
akan meningkat. Kebiasaannya suhu basal badan akan meningkat semasa tempoh
subur sehingga masa haid tiba tetapi sekiranya suhu tersebut tetap meningkat
sehingga melebihi 2 minggu, mungkin ada bayi comel akan muncul selepas 9 bulan.
Ini adalah antara tanda tanda
awal kehamilan. Sesetengah wanita juga mungkin mengalami mengantuk
berpanjangan, mood yang berubah ubah, sembelit atau cirit birit di awal
kehamilan. Ia semua bergantung pada tubuh badan anda. Tetapi yang penting...
Jalankan ujian kehamilan untuk
menentukan pengesahan bahawa anda sedang membawa bayi kecil anda bersama atau
tidak. Tetapi harus juga diingatkan bahawa simptom ini boleh juga terjadi
apabila anda terlalu menginginkan zuriat. Ianya dipanggil 'pregnancy hysteria'
atau 'false pregnancy'. Kita akan bercerita tentang itu kemudian pula ya..
Apabila anda disahkan hamil,
jangan lupa menjada tubuh badan anda, menjaga kesihatan dan mengambil makanan
tambahan yang penting untuk tumbesaran bayi juga untuk kesihatan anda.
Ibu yang sihat mental fizikal InsyaAllah, mengandungkan bayi yang sihat juga. Jaga diri yaaa....
No comments:
Post a Comment