Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Thursday 25 February 2016

PAKEJ PREMIUM

- Harga dah masuk kos pos laju
- boleh beli loose pack
- boleh bayar 2 kali.
- berminat Whastapp ke 019 3080 948 taip SET PREMIUM



Minyak Serai Wangi (Bernilai RM35)

Serai wangi memang popular dalam perubatan tradisional Melayu. Antara ciri-ciri dan kelebihan Minyak Serai Wangi adalah:
  • Berbau harum macam minyak aromaterapi, melegakan dan selesa!
  • Tak panas, jadi memang sesuai digunakan sebagai minyak urut
  • Juga boleh legakan perut kembung, senggugut, merawat gigitan binatang berbisa dan lain – lain

Monday 15 February 2016

8 Tips Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan





Alhamdulillah, si comel yang selama ini ditunggu-tunggu sudah selamat dilahirkan ke dunia. Walaupun tidak melalui proses bersalin secara normal, syukurlah segalanya sudah selamat. Sekarang fokus utama adalah untuk pemulihan ibu-ibu dan juga penjagaan si comel anda.
Hari-hari selepas kelahiran bayi anda, mungkin menjadi masa yang paling mencabar bagi ibu-ibu dan keluarga. Tempoh ini boleh menjadi lebih mencabar bagi ibu-ibu yang besalin secara pembedahan. Walau apa pun kaedah kelahiran yang anda lalui, seorang ibu perlulah mendapatkan rehat secukupnya selepas proses kelahiran. Mesti berpantang betul-betul tau!
Biasanya, ibu yang bersalin secara pembedahan perlu tinggal di hospital lebih lama berbanding ibu yang bersalin normal, selalunya 3 hari. Pembedahan caesarean merupakan pembedahan major. Sewaktu pembedahan, anda tidak merasa sebarang kesakitan, tetapi setelah kesan ubat bius mulai hilang, anda mungkin tidak berupaya membuat apa-apa dengan sendiri. Berdehem atau batuk sudah cukup membuat anda merasa ngilu dan sakit.

  • Sakit. Memang sakit. Jadi ambillah painkiller yang dibekalkan kepada anda. Biasanya, anda akan diberikan ubat penahan sakit sebanyak 2 kali sehari sepanjang tempoh berada di hospital. InsyaAllah, sedikit sebanyak ia membantu mengurangkan kesakitan.
  • Thrombosis. Darah biasanya mengalir laju dalam salur darah kita, sebaliknya thrombosis merupakan keadaan dimana darah beku terbentuk dan tersumbat pada pembuluh darah akibat aktiviti pasif, kurang pergerakan atau rehat yang terlalu lama, terutamanya pada bahagian kaki. Untuk mengelakkan thrombosis, biasanya anda akan diberi suntikan pencegahan.
  • Urinary Catheter. 3 hari pertama selepas pembedahan merupakan waktu kritikal dalam proses pemulihan anda. Biasanya, anda tak perlu bangun dari katil dalam tempoh 24 jam pertama kerana tiub kencing atau urinary catheter masih terpasang, jadi tak perlu bersusah-payah ke toilet.
  • Mula bergerak/berjalan. Menjelang hari kedua, tiub kencing akan ditanggalkan dan anda digalakkan untuk bangun dan cuba untuk pergi bilik air dengan bantuan suami atau penjaga anda. Ini akan membantu memulakan proses penyembuhan, menggalakkan pengaliran darah dan membiasakan anda untuk bergerak dengan insisi pada perut anda. Take one step at a time, lakukan pergerakan perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Berjalan juga membantu mengeluarkan angin serta membantu ‘bowel movement’ anda.
  • Pening atau sesak nafas. Berhati-hati, anda mungkin mengalami pening atau sesak nafas, pastikan orang terdekat atau jururawat anda untuk membantu anda setiap kali ke tandas. Membuang air kecil selepas kateter dikeluarkan kadang-kadang boleh menyakitkan. Tanya jururawat atau pembantu anda untuk mencadangkan cara-cara untuk membuat ia lebih mudah.
  • Mandi. Jangan takut untuk mandi. Kebanyakan ibu gerun nak mandi sebab takut kalau-kalau air akan kena pada luka pembedahan. Jangan gusar, anda boleh mandi malah memang dinasihatkan untuk mandi sebaik sahaja anda mampu untuk berjalan ke tandas atau bilik mandi. Mandilah secara duduk, elakkan dari berdiri sewaktu mandi kerana badan anda masih lemah dan dikhuatiri anda pening atau pitam nanti.
  • Luka pembedahan. Pada hari ketiga, doctor akan memeriksa luka pembedahan anda. Sekiranya tiada sebarang komplikasi selepas pembedahan atau infeksi pada luka, anda akan dibenarkan pulang. Jangan takut untuk melihat kesan luka pembedahan anda. Penting untuk anda memerhatikan keadaan luka anda setiap masa. Pastikan ia sentiasa kering untuk mengelakkan infection. Jangan sekali-kali sapu sebarang krim, gel, minyak atau ubat-ubatan tanpa nasihat doctor. Boleh gunakan hair dryer untuk keringkan luka setiap kali selepas mandi. Ramai ibu-ibu mengakui, ia sangat membantu.
  • Pemakanan. Sebagaimana ibu-ibu berpantang lain, anda juga perlulah menjaga pemakanan. Banyakkan makan makanan yang dapat membantu penyembuhan luka pembedahan terutamanya makanan yang kaya dengan vitamin C, protein dan zat besi. Makanlah dengan berpada-pada, pastikan apa juga yang anda makan tidak menganggu perut bayi anda, sekiranya anda menyusu badan.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua. Tak kiralah anda bersalin secara pembedahan atau normal, penjagaan diri luaran dan dalaman amatlah penting. Jadi, jangan culas berpantang yer!
- See more at: http://setbersalindanita.com/8-tips-penjagaan-ibu-bersalin-secara-pembedahan/#sthash.pDDw3mNM.dpuf

Tips Pemakanan dan Diet Selepas Kelahiran Secara Pembedahan




Pemakanan yang baik penting untuk mempercepatkan penyembuhan selepas bersalin dan membekalkan anda dengan tenaga yang diperlukan. Sebenarnya, pemakanan berkhasiat yang telah anda amalkan sepanjang waktu kehamilan adalah permulaan yang baik yang seharusnya diteruskan sewaktu proses pemulihan selepas bersalin.
Sebagaimana sewaktu anda mengandung, makanan yang kaya dengan Protein, Vitamin C dan Zat Besi amat perlu untuk tubuh badan anda. Protein membantu proses penyembuhan dan diperlukan untuk pertumbuhan tisu baru. Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan dan melawan jangkitan. Zat Besi pula membantu sistem kekebalan tubuh dan diperlukan untuk pembentukan hemoglobin. Badan anda kehilangan zat besi apabila ia kehilangan darah.
Mengikut pyramid makanan, makanan yang tinggi protein adalah daging, ikan, ayam, telur, makanan tenusu, dan kekacang. Makanan yang tinggi vitamin C adalah oren, grapefruits (limau gedang), strawberi, tembikai dan betik. Makanan tinggi zat besi adalah daging merah, hati, kekacang, buah-buahan kering dan bijirin.
Dalam amalan pemakanan sewaktu tempoh berpantang, pastikan anda bijak memilih makanan yang kaya dengan zat yang diperlukan. Pilih makanan yang sesuai mengikut tahap pemulihan anda, contohnya petua nenek moyang kita menasihatkan pada minggu awal kelahiran, telur mungkin tidak sesuai di ambil kerana luka masih baru.
Begitu juga dengan pemilihan ikan, terdapat ikan yang sesuai dimakan dan ada juga yang perlu dielakkan. Ada juga sayur sayuran yang dikatakan berangin dan sejuk. Begitu juga dengan cara penyediaan makanan sewaktu dalam tempoh berpantang. Makanan seelokknya dimasak secara bakar, rebus atau kukus. Yang penting, pastikan nutrient yang diperlukan mencukupi.
Minum banyak air. Ia membantu mengelakkan dehidrasi dan sembelit. Minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari, termasuk susu rendah lemak, jus buah-buahan asli, dan air kosong. Jika anda menyusu badan, minumlah sekurang-kurangnya 4 gelas susu, jus buah-buahan atau makan yogurt rendah lemak untuk mendapatkan kalsium yang cukup dan meningkatkan bekalan susu anda.
Menyusu boleh membuat anda dahaga jadi sentiasa sediakan botol air berdekatan anda. Jangan lupa untuk tambah 200 kalori dalam diet seharian anda agar badan anda dapat menghasilkan susu berkualiti untuk si manja anda.
Untuk supplement vitamin dan zat besi, biasanya doctor akan menasihati anda untuk meneruskan pengambilan vitamin sebagaimana yang anda ambil sewaktu hamil, terutamanya jika anda menyusu badan.

Pergerakan usus (Masalah Sembelit)
Kalau anda rasa takut nak meneran semasa membuang air, jangan bimbang, perasaan tu normal. Majoriti ibu-ibu mengalaminya. Untuk memudahkan proses membuang air, pastikan anda minum banyak air dan makan banyak serat. Makan lebih hidangan buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan bijirin bran atau roti yang tinggi serat. Makanan tinggi serat merangsang pergerakan usus yang normal. Berjalan juga mempercepatkan pulangan usus yang normal dan fungsi pundi kencing.
Sembelit bukan sesuatu yang luar biasa, ramai orang menghadapinya terutamanya ibu-ibu selepas bersalin. Malangnya, jika anda biarkan masalah sembelit berlarutan, ia boleh mengakibatkan buasir. Dalam situasi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, kemungkinan anda akan menghadapi sembelit adalah tinggi kerana otot di bahagian abdomen sudah dibedah dan ia boleh mengangggu pergerakan usus anda. Sekiranya anda pasif dan kurang bergerak, masalah sembelit anda mungkin menjadi lebih buruk.
Jika anda mempunyai masalah sembelit atau, atau anda tidak membuang air besar pada hari ke 3 selepas pembedahan, hubungi doktor anda. Doktor anda boleh membekalkan ubat pelembut najis untuk membantu anda. Juga, banyakkan berjalan dan lakukan senaman ringan, ia membantu pergerakan usus anda dan seterusnya mengatasi sembelit.

9 Sebab Kenapa Anda Mungkin Akan Bersalin Secara Pembedahan



Salam ibu-ibu sekalian. Hari ni Kak Danita nak share tentang 9 sebab kenapa anda mungkin akan bersalin secara pembedahan. Nauzubillah, seboleh-bolehnya kita semua nak bersalin secara normal kan? Tapi kadang-kala perancangan Allah lebih baik dan kita tak dapat mengelak dari risiko bersalin secara pembedahan.
Bergantung kepada situasi, kadang-kadang, bersalin secara pembedahan lebih selamat untuk anda dan bayi anda berbanding bersalin secara normal. Tak percaya? Jom kita tambah pengetahuan dan ketahui 9 situasi di mana doctor biasanya akan nasihatkan anda bersalin secara caesarean section:
  • Bukaan rahim tak cukup 10cm. Walaupun anda telah mengalami kontraksi yang kuat untuk beberapa jam, bukaan rahim anda masih belum mencapai 10cm. Atau, mungkin juga ia disebabkan kepala bayi anda terlalu besar dan tidak dapat melalui ‘birth canal’ anda.
  • Bayi lemas. Sekiranya doctor khuatir bayi anda mungkin lemas atau tidak mendapat oksigen yang mencukupi, atau terdapat perubahan negative pada bacaan CTG (denyutan jantung) bayi anda, kelahiran secara pembedahan mungkin jalan terbaik.
  • Bayi songsang. Pembedahan mungkin cara paling selamat untuk mengeluarkan bayi anda sekiranya dia berada pada kedudukan abnormal contohnya songsang (breech) atau melintang (transverse). Sekiranya kandungan anda kembar, ada kemungkinan mereka tidak berada pada kedudukan normal.
  • Hamil kembar. Bukan sahaja kandungan kembar mungkin berkedudukan abnormal, pembedahan mungkin perlu dilakukan sekiranya bayi kembar anda perlu dilahirkan tidak cukup bulan atau mengalami masalah lain.
  • Masalah pada placenta (uri). Sekiranya anda mengalami masalah placenta previa di mana uri menutupi pintu rahim, pembedahan merupakan cara paling selamat untuk melahirkan bayi anda.
  • Masalah pada tali pusat bayi. Seandainya tali pusat telah terkeluar terlebih dahulu sebelum bayi anda, pembedahan kecemasan hendaklah segera dilakukan untuk menyelamatkan bayi anda.
  • Masalah kesihatan anda. Kelahiran secara pembedahan mungkin dilakukan sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung, darah tinggi yang memerlukan bayi dilahirkan dengan segera, bayi terlalu besar akibat penyakit diabetes, atau jangkitan kuman yang mungkin berlaku terhadap bayi anda sekiranya dilahirkan secara normal (cth: penyakit HIV atau genital herpes)
  • Anda mungkin memerlukan pembedahan c-section sekiranya anda mempunyai masalah fibroid yang menghalang laluan kelahiran, atau keretakan pelvic yang teruk, atau mungkin juga bayi anda menghadapi hydrocephalus iaitu keadaan di mana bayi anda mempunyai saiz kepala yang tidak normal.
  • Sejarah kelahiran secara pembedahan. Bergantung kepada sejarah kelahiran dan faktor-faktor lain, anda mungkin boleh melahirkan bayi secara normal, namun jika keadaan tidak mengizinkan, doctor mungkin menasihati anda supaya bersalin secara pembedahan.
Terdapat juga ibu-ibu yang memilih untuk melahirkan bayi pertama secara pembedahan. Tujuannya untuk mengelakkan sakit kontraksi, komplikasi kelahiran atau mungkin juga mengambil peluang untuk merancang kelahiran. Sebenarnya, ini tidaklah digalakkan especially jika anda inginkan anak yang ramai. Wanita yang melalui pembedahan berulang-kali sebenarnya berisiko menghadapi masalah placenta (uri) seperti tumpah darah yang mungkin mengakibatkan uri terpaksa dibuang. Apa jua keputusan anda, berbincanglah dengan pakar yang bertauliah agar anda dapat membuat keputusan terbaik untuk anda dan bayi.

Sunday 15 March 2015

Minyak Kelapa Dara D'aura




APAKAH KHASIAT MINYAK KELAPA DARA UTK IBU HAMIL?

[✔] MEMUDAHKAN proses BERSALIN kerana ia melicinkan laluan di dalam RAHIM
[✔] Mengurangkan risiko DEMAM KUNING pada bakal anak nanti
[✔] Menghilangkan MUAL-MUAL yang teruk
[✔] Mencegah dan menghilangkan KESAN REGANGAN (STRETCH MARKS)
[✔] Menyeimbangkan paras GULA dan TEKANAN DARAH ke paras yang NORMAL
[✔] Menguatkan RAHIM
[✔] Mencegah kelahiran bayi PRA MATANG


Berminat?

SMS/Whatsapp ke 0193080948 taip <MKD>

Monday 9 March 2015

Diet Semasa Hamil : 10 Tips Ringkas & Padat




Anda adalah apa yang anda makan, satu ungkapan yang sering kita dengar sejak dulu lagi. Begitu juga hakikat bahawa diet anda semasa hamil memberi kesan kepada kesihatan bayi anda. 


Tapi apa yang para ibu mesti tahu ialah apa yang anda makan dalam tempoh sembilan bulan akan datang boleh memberi kesan kepada kesihatan bayi anda, dan anda sendiri, untuk beberapa dekad akan datang. 


Berikut adalah 10 kaedah-kaedah pemakanan mudah yang akan memberi manfaat kepada anda berdua:


1. Dapatkan sumber asid folik yang mencukupi: anda memerlukan 400 mikrogram vitamin B ini setiap hari sebelum hamil. Kajian mendapati pengambilan yang mencukupi pada trimester pertama mengurangkan kecacatan neural-tiub seperti spina bifida sebanyak 50 peratus kepada 70 peratus. 

Setelah kehamilan anda disahkan tingkatkan dos kepada 600 mikrogram. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa suplemen asid folik selama setahun sebelum kehamilan dan pada trimester kedua juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang.



2. Jangan "makan untuk dua orang": Kira-kira separuh daripada ibu hamil mengalami peningkatan berat badan terlalu banyak semasa mengandung. Keadaan ini mengakibatkat peningkatan risiko preclampsia, kencing manis semasa mengandung, dan kelahiran bayi pramatang atau terlalu besar. 

Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan nasihat pemakanan yang seimbang sepanjang kehamilan anda.



3. Makan ikan: Pastikan anda mendapatkan cukup DHA (terdapat dengan banyaknya dalam makanan laut dan flaxseed) yang merupakan perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk kesihatan anda dan bayi. 

DHA adalah omega-3 asid lemak yang boleh meningkatkan perkembangan otak bayi anda sebelum kelahiran, yang membawa kepada penglihatan yang lebih baik, daya ingatan, kemahiran motor dan kefahaman bahasa pada awal zaman kanak-kanak. 

Makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu, atau mengambil makanan tambahan DHA (kedua-duanya adalah selamat).



4. Elakkan pengambilan alcohol: Sebagai seorang Muslim, agama kita mengharamkan pengambilan makanan/minuman yang memabukkan. 

Hasil kajian sains turut mendapati bahawa masalah kelakuan, masalah pembelajaran, gangguan defisit perhatian, hiperaktif dan kelakuan agresif pada kanak-kanak diakibatkan daripada pengambilan alcohol oleh ibu semasa mengandung. Tiada jumlah alkohol telah terbukti selamat.



5. Dapatkan zat besi yang mencukupi: Semasa mengandung, anda memerlukan zat besi hampir dua kali ganda, iaitu kira-kira 30 miligram sehari, untuk menyokong 50 peratus peningkatan isupadu darah anda dan menggalakkan penyimpanan besi janin. 


Zat besi berfungsi untuk mengangkut oksigen, dan bayi anda mendapat faedah daripada bekalan yang zat besi yang mencukupi dan sihat. Untuk meningkatkan penyerapan, anda boleh gabungkan makanan yang kaya dengan zat besi dengan vitamin C.



6. Halang Bakteria Berbahaya: Untuk melindungi bayi anda daripada bakteria berbahaya seperti Listeria, Salmonella dan E. coli (dalam kes-kes yang teruk, menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang), jauhi pengambilan keju lembut yang diperbuat dari susu yang tidak dipasteur, dan juga elakkan makanan mentah atau kurang masak seperti daging, ayam, makanan laut atau telur. 

Pastikan suhu peti sejuk anda di bawah 4° C, dan buang makanan yang terbiar selama lebih daripada dua jam (cth: makanan yang dikeluarkan dari peti sejuk dan tidak dimakan atau diproses selepas dua jam).


7. Hadkan pengambilan kafein: Kira-kira 300 miligram kafein sehari, jumlah yang boleh didapati dalam  dua cawan kopi, telah lama dianggap boleh diterima semasa mengandung. 

Tetapi kajian terbaru oleh saintis epidemiologi mendapati bahawa pengambilan 200 miligram kafein sehari meningkatkan risiko keguguran. Jadi, kurang  itu lebih baik.



8. Buang makanan ringan: Jika anda sering menikmati kentang goreng dan makanan ringan, ia mungkin mempengaruhi cara pemakanan anak anda kelak. 

Fakta ini telah dibuktikan melalui kajian sains yang mendapati bahawa makanan yang masin, manis, lemak tinggi, ber-nutrien rendah seolah-olah mempengaruhi tabiat pemakanan bayi. 



9. Tingkatkan pengambilan kalsium: Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 1,000 miligram sehari; bayi anda memerlukannya untuk pembentukan gigi dan perkembangan tulang di trimester kedua dan ketiga. 

Jika anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan, bayi dalam kandungan anda akan mendapatkan kalsium dari tulang anda, dan ini boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis di kemudian hari.



10. Fokus kepada diet tinggi serat: Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh membantu mencegah sembelit dan buasir dan membuat anda rasa kenyang sehingga anda kurang cenderung untuk makan terlalu banyak. 

Makanan tinggi serat juga kaya dengan vitamin, mineral dan fitokimia yang penting untuk perkembangan bayi anda. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 25 miligram kepada 35 miligram serat sehari, kira-kira dua kali ganda pengambilan biasa.



DOS HARIAN ANDA

Apa yang perlu makan untuk mendapatkan nutrien yang anda perlukan 

KALSIUM > 1,000 mg: Boleh didapati dari makanan tenusu, sayur-sayuran berdaun hijau, makanan kalsium yang diperkaya.


FIBER > 25 hingga 35 mg: Boleh didapati dari buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang (kacang dan kacang pea).


Folat > 600 mcg: Boleh didapati dari kekacang, brokoli, asparagus, buah oren. (Asid folik adalah bentuk sintetik, yang boleh didapati dalam makanan tambahan dan vitamin pranatal.)


IRON > 27 mg: Boleh didapati dari kekacang, daging, oatmeal, tauhu.



VITAMIN C > 85 mg: Boleg didapati dari buah-buahan sitrus dan jus, strawberi, sayur-sayuran berdaun hijau.




Saturday 7 March 2015

Penyusuan Susu Ibu: Tips Untuk Ibu Baru


Tahniah! Anda kini seorang Ibu. Kami berharap anda telah membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda atau sekurang-kurangnya cuba menyusukan bayi anda sendiri sepanjang tempoh awal kelahirannya. 

Kredit gambar : KOSMO


Sebagai ibu, anda perlu tahu bahawa susu ibu tersangatlah penting untuk bayi anda.


Susukan bayi anda walaupun hanya untuk beberapa hari atau beberapa minggu, agar si kecil mendapat susu awal yang dinamakan kolostrum, iaitu satu sumber penting antibodi untuk melindungi bayi anda daripada penyakit kerana sistem imun bayi hanya akan berkembang pada tahun pertama.


Bukan itu sahaja, tahukah anda bahawa penyusuan susu ibu juga sangat bermanfaat untuk anda?

  • Ia membantu mengecutkan rahim anda kembali ke saiz sebelum mengandung dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Ia membakar sehingga 500 kalori tambahan sehari, membolehkan anda kembali ke bentuk badan asal dengan lebih cepat.
  • Ia boleh mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin, kanser payudara dan kanser ovari.
  • Ia boleh melambatkan kedatangan haid anda (tetapi anda masih disarankan untuk megikuti kaedah perancangan keluarga yang bersesuaian).
  • Ia menjimatkan wang (tak perlu susu formula!).



Penyusuan susu ibu adalah satu proses pembelajaran; semua ibu pasti melaluinya, anda tak akan tahu bagaimana sehinggalah anda melakukannya sendiri. 

Untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya menyusui bayi anda kali pertama, cuba kaedah berikut:

  • Cuba menyusu bayi anda dalam masa satu jam pertama kelahiran. Ini membantu kontraksi rahim seterusnya membantu proses pengecutan dan membekalkan kolostrum berharga terus kepada bayi anda.

  • Dapatkan nasihat atau tunjuk ajar dari jururawat atau perunding laktasi di hospital untuk memastikan bayi menghisap putting anda atau latch on  dengan betul. Anda mungkin rasa tidak selesa apabila bayi menghisap, namun ia sepatutnya tidak menyakitkan. Jika anda rasa sakit, mungkin bayi tidak melekap atau latch on dengan betul.

  • Bersedia untuk susu anda melimpah! Ini berlaku kira-kira pada hari ketiga atau keempat selepas kelahiran. Anda akan tahu ia berlaku kerana payudara anda tiba-tiba meningkat beberapa saiz! Pastikan anda mempunyai beberapa coli menyusu yang sesuai, dan jangan lupa untuk bawa dalam beg hospital anda.

  • Rancang untuk menyusu bayi anda lapan hingga 12 kali dalam setiap tempoh 24 jam. Bayi anda akan memberi isyarat lapar dengan cara: (1) menyuakan mukanya di dada anda untuk mencari puting anda; (2) gemar meletakkan tangannya di dalam mulutnya; dan (3) bayi kelihatan semakin alert. Pastikan anda menyusui bayi anda apabila dia memerlukan. Always feed on demand.

  • Elak daripada memperkenalkan penyusuan menggunakan botol atau puting lain, sehinggalah penyusuan susu ibu sudah mantap. Ini untuk mengelakkan bayi anda keliru.

  • Minum air yang cukup untuk untuk memastikan badan anda terhidrat dan boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi anda.

  • Susukan bayi anda di persekitaran yang tenang untuk membantu pengaliran susu yang baik. Selepas beberapa hari, sekadar mendengar tangisan bayi anda sudah cukup untuk membuatkan susu anda tak henti mengalir !