Tahniah! Anda
kini seorang Ibu. Kami berharap anda telah membuat keputusan untuk menyusukan
bayi anda atau sekurang-kurangnya cuba menyusukan bayi anda sendiri sepanjang
tempoh awal kelahirannya.
Kredit gambar : KOSMO
Sebagai ibu, anda perlu tahu bahawa susu ibu
tersangatlah penting untuk bayi anda.
Susukan bayi
anda walaupun hanya untuk beberapa hari atau beberapa minggu, agar si kecil
mendapat susu awal yang dinamakan kolostrum, iaitu satu sumber penting antibodi
untuk melindungi bayi anda daripada penyakit kerana sistem imun bayi hanya akan
berkembang pada tahun pertama.
Bukan itu
sahaja, tahukah anda bahawa penyusuan susu ibu juga sangat bermanfaat untuk
anda?
- Ia membantu mengecutkan rahim anda kembali ke saiz sebelum mengandung dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- Ia membakar sehingga 500 kalori tambahan sehari, membolehkan anda kembali ke bentuk badan asal dengan lebih cepat.
- Ia boleh mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin, kanser payudara dan kanser ovari.
- Ia boleh melambatkan kedatangan haid anda (tetapi anda masih disarankan untuk megikuti kaedah perancangan keluarga yang bersesuaian).
- Ia menjimatkan wang (tak perlu susu formula!).
Penyusuan susu
ibu adalah satu proses pembelajaran; semua ibu pasti melaluinya, anda tak akan
tahu bagaimana sehinggalah anda melakukannya sendiri.
Untuk meningkatkan
peluang anda untuk berjaya menyusui bayi anda kali pertama, cuba kaedah berikut:
- Cuba menyusu bayi anda dalam masa satu jam pertama kelahiran. Ini membantu kontraksi rahim seterusnya membantu proses pengecutan dan membekalkan kolostrum berharga terus kepada bayi anda.
- Dapatkan nasihat atau tunjuk ajar dari jururawat atau perunding laktasi di hospital untuk memastikan bayi menghisap putting anda atau latch on dengan betul. Anda mungkin rasa tidak selesa apabila bayi menghisap, namun ia sepatutnya tidak menyakitkan. Jika anda rasa sakit, mungkin bayi tidak melekap atau latch on dengan betul.
- Bersedia untuk susu anda melimpah! Ini berlaku kira-kira pada hari ketiga atau keempat selepas kelahiran. Anda akan tahu ia berlaku kerana payudara anda tiba-tiba meningkat beberapa saiz! Pastikan anda mempunyai beberapa coli menyusu yang sesuai, dan jangan lupa untuk bawa dalam beg hospital anda.
- Rancang untuk menyusu bayi anda lapan hingga 12 kali dalam setiap tempoh 24 jam. Bayi anda akan memberi isyarat lapar dengan cara: (1) menyuakan mukanya di dada anda untuk mencari puting anda; (2) gemar meletakkan tangannya di dalam mulutnya; dan (3) bayi kelihatan semakin alert. Pastikan anda menyusui bayi anda apabila dia memerlukan. Always feed on demand.
- Elak daripada memperkenalkan penyusuan menggunakan botol atau puting lain, sehinggalah penyusuan susu ibu sudah mantap. Ini untuk mengelakkan bayi anda keliru.
- Minum air yang cukup untuk untuk memastikan badan anda terhidrat dan boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi anda.
- Susukan bayi anda di persekitaran yang tenang untuk membantu pengaliran susu yang baik. Selepas beberapa hari, sekadar mendengar tangisan bayi anda sudah cukup untuk membuatkan susu anda tak henti mengalir !
No comments:
Post a Comment