Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Bolehkah Penyakit Meroyan Di Rawat? | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Tuesday, 24 February 2015

Bolehkah Penyakit Meroyan Di Rawat?




Risau jer rasa kan bilamana dikatakan punca sebenar penyakit meroyan ini masih belum dikenalpasti. Bagaimanapun, anda boleh menjaga diri anda sebaik mungkin sedari peringkat kehamilan dan cubalah untuk mengurangkan stress. Jangan menolak sekiranya mendapat bantuan dan lebih banyak sokongan dan penjagaan yang anda perolehi semasa hamil, semakin kuat dan yakin anda akan rasa apabila sudah melahirkan bayi anda. Anda juga mampu bertenang dan menjaga emosi sesudah melahirkan. Ini adalah baik dan penting untuk mengelakkan terkena meroyan.

Jika anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami simptom simpton meroyan atau disahkan meroyan, antara perkara yang boleh membantu merawat dan mengurangkan efek meroyan adalah :

·         Terapi Berbual
   Berbincanglah dengan suami atau rakan yang anda selesa walaupun mungkin mereka sukar untuk memahami atau merasa apa yang anda lalui. Anda juga digalakkan berbual dengan doktor anda kerana meraka mungkin boleh mengaturkan sesi Terapi Perlakuan Kognitif (TPK) yang akan mengajar anda tentang strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan ini. Doktor juga boleh merujukkan anda kepada satu kumpulan sokongan, kaunselor atau psikoterapi. Jika meroyan anda kritikal, anda mungkin dirujuk pada psikiatri atau ahli psikologi.

·         Antidepresi
   Preskripsi untuk meroyan atau kemurungan biasanya mengambil masa 10 hari hingga 2 minggu sebelum memberi rasa sembuh pada pesakit. Ianya menyeimbangkan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa marah atau tekanan.
   Antara pil untuk antidepresi yg sering kita dengar :
   Prozac, Lustral dan Seroxat.
   Jika anda bercadang  untuk mengambil pil antidepresi, dapatkan khidmat nasihat dari doktor anda dahulu. Ini adalah penting bagi mereka yang menyusukan bayi kerana anda perlu faham risiko-risiko dan kesan sampingan yang akan ada .

Mereka yang mengalami meroyan atau kemurungan ini juga boleh membantu diri sendiri. Bagaimana caranya? Senang saja.

·         Cuba dapatkan rehat yang banyak
            Tidurlah bila ada kesempatan dan dengan nyenyak. Jika sukar, berehatlah. Minta tolong     orang terdekat untuk jaga bayi anda beberapa jam bagi memastikan anda dapat berehat      dengan tenang. Tidur apabila bayi anda tidur.
           
·         Ambil makanan yag seimbang
            Banyakkan mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Elakkan berlapar untuk masa    yang panjang. Tahap gula dalam darah anda jangan terlalu menurun. Makanan seimbang   akan membantu mengelakkan anda letih yg boleh mendorong anda diserang meroyan.

·         Senaman ringan
            Ianya boleh membantu meyihatkan anda fizikal dan mental. Berjalan-jalan disekeliling      rumah dengan bayi juga membantu. Cari senaman yang lembut dan relaks seperti yoga atau      pilates.


·         Bergaul dan bersosial dengan ibu ibu lain.
            Berkongsi cerita dengan ibu ibu lain supaya anda tidak rasa terasing.

·         Jaga diri anda sebaik mungkin
            Jaga diri anda sebaik mungkin supaya anda dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri           anda dengan perkara yang tidak penting. Fikir secara rasional dan realistik. Minta bantuan         jika perlu dan jangan terlampau fokus membuat sesuatu yang boleh memenatkan fizikal dan        mental anda. Ambil masa untuk berehat.

Peranan suami, rakan dan keluarga.

Walaupun sukar untuk memahami keadaan atau situasi dan penderitaan merekan yang meroyan, mereka tetap boleh membantu dalam merawat pesakit meroyan. Suami dan mereka yang rapat harus memberikan sokongan kepada anda. Anda juga harus bersikap terbuka dalam memberitahu mereka apa yang anda hadapi. Ajak suami bersama-sama berjumpa doktor dan mendapatkan khidmat nasihat.

Jangan berasa malu untuk meminta bantuan daripada mereka disekeliling anda. Sokongan praktikal seperti membantu menguruskan kerja rumah secara tidak langsung mengurangkan rasa depresi anda. Anda boleh mengambil kesempatan duduk dan bermanja bersama suami supaya mengelakkan rasa terasing atau mengelakkan fikiran fikiran yang tak sepatutnya berada di minda anda.

Penting ! Jangan malu meminta pertolongan sekiranya anda berasa lemah atau mengalami simptom simpton meroyan. Bantuan awal boleh mengelakkan kemudaratan. Ingat ya …


No comments:

Post a Comment