Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Masalah yang biasa di hadapi semasa kehamilan | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Tuesday 18 November 2014

Masalah yang biasa di hadapi semasa kehamilan



1.Kembung perut, pedih ulu hati, loya dan muntah dan pening kepala
Dipercayai berlaku akibat perubahan hormon,Biasanya apabila hormon tidak seimbang menyebabkan ibu hamil kurang selera makan menyebabkan angin berkumpul dan menjadikan perut kembung.

Lazimnya berlaku antara minggu ke 6- hingga 14 iaitu pada awal kehamilan sehinggakan ada yang serius mestilah berjumpa dengan doktor

2.Sembelit
Punca utama ialah perubahan hormon yang melambatkan pergerakan usus dan juga pembesaran rahim yang memberi tekanan pada saluran najis.Masalah sembelit menjadi lebih buruk apabila kandungan semakin membesar dan menekan usus yang mengeras.

Lazimnya berlaku kepada ibu hamil yang kurang mengambil air dan makanan berserat akibat kurang selera makan kerana loya dan muntah-muntah.

3.Buasir
Apabila sembelit berlarutan boleh mengakibatkan buasir.Hati-hati semasa meneran untuk bersalin kerana boleh mengakibatkan buasir, tapi jangan risau buasir biasanya akan pulih atau hilang selepas bersalin

4.Lelehan faraj
Perubahan hormon mengakibatkan penebalan pada dinding faraj dan menghasilkn lelehan cair berwarna putih tanpa bau.Penjagaan kebersihan hendaklah dilakukan selalu untuk mengelakkan jangkita kuman

5.Bengkak atau sembab , kejang otot dan segal tulang
Berlaku kerana pertambahan berat badan semasa hamil.ibu hamil disyorkan meninggikan kedudukan kaki yang sembap semasa tidur.

6.Tompok kehitaman dikulit
Pigmentasi berlaku kerana peningkatan hormon di bahagian pipi, leher, ketiak, payudara, perut, punggung, celahan peha dan faraj.

7.Tekanan darah rendah
Menyebabkan ibu hamil mendapat gangguan jantung berdebar,berpeluh secara berlebihan, pening-pening lalat sehingga pitam dan keletihan

8.Tekanan darah rendah
Biasanya akan hilang selepas bersalin, banyakan berehat dan tenangkan fikiran

9.Keguguran
Rahim lemah, kedudukan janin tidak normal ,ketidakseimbangan suhu badan dan masalah mutu kekuatan darah adalah penyebab utama keguguran

10.Kerap buang air kecil
Akibat tekanan keatas pundi kencing hasil pembesaran bayi didalam kandungan.

11. Gusi bengkak dan berdarah
Disebabkan kekurangan kalsium, banyakan pengambilan makanan yang kaya kalsium seperti susu dan ikan bilis.

#danitamaternity
#setbersalindanita
https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
http://berpantangbersalin.blogspot.com/
http://www.danitamaternity.com/

No comments:

Post a Comment