Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Makanan yang harus di elakkan ketika hamil | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Wednesday, 8 October 2014

Makanan yang harus di elakkan ketika hamil




Sekarang anda sedang hamil? Tahukah anda bahawa ada sesetengah makanan yang harus anda jauhi atau di larang makan ketika tempoh kehamilan ini. Tak pasti apa yang dilarang menikmati? Meh sini.. kita tengok antara makanan yang NO NO

1. Makanan mentah atau separuh masak yang berasal dari haiwan
• Makanan mentah atau separuh masak memang tidak sesuai untuk mereka yang hamil kerana ianya masih mengandungi parasit, virus atau bakteria yang sesetengahnya boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Sushi yang disediakan bersama salmon mentah juga jangan di makan ya.. untuk telur pula, pastikan lendirnya sudah masak sebelum dinikmati.

2. Daging di proses
• Daging daging yang di proses seperti sosej, ham atau salami seboleh bolehnya harus dielakkan. Ini tidak ramai mereka yang tahu kan? Ini adalah kerana daging di proses boleh mengandungi listeria. Sejenis bakteria yang boleh membiak dalam suhu sejuk beku. Bagi ibu ibu yang mengandungi, listeria boleh menyebabkan kesan jangkitan pada bayi dalam kandungan dan menyebabkan keguguran atau kelahiran pra-matang malah kematian. Bagaimanapun, jika anda masih mahu makan daging di proses ini, pastikan ianya di masak dengan betul dan seeloknya dimakan ketika masih panas. Tapi kalau mampu, jauhi ya...

3. Susu atau jus yang tidak dipasteur
• Susu atau jus memang antara minuman yang berkhasiat tapi awas ya.. kalau ianya tidak dipasteur, buruk padahnya. Ini adalah khusus untuk susu atau jus yang dijual di tepi jalanan. E.coli dan juga Listeria mungkin ada dalam susu atau jus tersebut lalu jika di minum, membawa keburukan pada bayi dalam kandungan anda. Mungkin anda boleh minum susu yang di pasteur dulu dan membuat jus dirumah. Suami mungkin boleh belanja mesin pembuat jus buahan.. 

4. Ikan ikan tertentu
• Ikan ikan tertentu seperti makarel dan todak biasanya mengandungi kandungan mercuri yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan ikan lain. Merkuri merupakan produk sampingan hasil pembakaran batu bara yang mampu mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan dan juga sistem saraf.

5. Sayuran atau taugeh mentah
• Sayuran adalah bagus tp pastikan ianya dimasak sempurna sebelum dimakan oleh ibu yang hamil. Taugeh yang mentah boleh mengandungi bakteria yang agak 'mustahil' dibuang. Jika anda yakin anda boleh masak taugeh dengan sempurna sehingga mati bakteria tersebut.. silakan tapi seelok eloknya bye bye pada taugeh selama tempoh anda hamil ya..




6. Alkohol
• Seharusnya umum mengetahui bahawa alkohol memang dilarang sama sekali ketika sedang hamil. Alkohol pada minuman (bir, wain) mengurangkan oksigen dan juga mengurangkan nutrisi sel sel badan bayi yang sedang membesar sehingga mencegah pembesaran janin secara normal. Antara efek dari alkohol pada janin juga adalah intelektual bayi akan terganggu dan pembesarannya mungkin akan mengandungi kecacatan.

7. Makanan yang boleh menyebabkan alergi atau kekacang
• Anda, suami atau anak anak lain mengalami alergi atau alahan pada makanan tertentu? Kekacang? Hindarinya ketika mengandung boleh mengurangkan kadar kebarangkalian bayi anda juga mengalami alergi pada makanan terntentu tersebut. Ajaib tapi benar.. 

8. Minuman berkaffein atau kopi
◦ Sebaiknya hindari dari minum kopi karena kopi mengandung kafein. Kafein mampu menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung bayi, berat badan yang rendah pada bayi, dan juga mengurangi kemampuan si ibu untuk menyerap zat besi pada bayi lalu boleh menyebabkan keguguran.

Ini adalah secara basic saja apa yang perlu anda yang sedang hamil elakkan jikalau boleh. Keju keju tertentu juga harus dielakkan. Pendek kata berhati hati dengan apa yang anda makan supaya bayi dalam kandungan anda boleh membesar dan berkembang dengan sihat. Pemakanan adalah antara faktor penting yang menyumbang pada kesihatan dan daya intelektual bayi anda. Jangan hentam makan semborono.

Semoga kandungan anda sihat dan bijak pandai 

#danita
#https://www.facebook.com/Danitamaternitystore
#http://berpantangbersalin.blogspot.com/
#www.danitamaternity.com
#sayajualbajumengandung
#sayajualsetbersalin
#sayajualjussengatdarapenggalaksusuibu

No comments:

Post a Comment