Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYImtAcY Larangan Didalam Tempoh Berpantang | Tips Hamil, Bersalin dan Berpantang Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz4MYI5KEMg

Sunday, 14 September 2014

Larangan Didalam Tempoh Berpantang

Selepas bersalin... tak kira apa cara atau method melahirkan, seseorang wanita tu wajib berpantang. Kali ini, kita melihat pula pantang larang dari segi tradisional ataupun modern serta kepercayaan tradisi selepas bersalin. 




1. Jangan tersadung atau terlanggar ibu jari dengan benda keras
Bahaya ni. Kata orang orang tua, boleh akibatkan tumpah darah/pendarahan atau bentan peranakan. Ni perkara serius ni.. memang orang kata kalau bentan dan berlaku pendarahan ni.. boleh mengundang maut.

2. Jangan lupa pakai sarung kaki/stokin
ini lebih kurang pantang universal kerana kebanyakan bangsa didalam dunia memang mengamalkan pemakaian sarung kaki/stokin selepas bersalin. Antara sebabnya adalah untuk mengelakkan sejuk dan mengelak dari badan dimasuki angin.





3. Mesti jalan sambil berkepit dan perlahan
Ini adalah kerana untuk mempercepatkan pemulihbaikan. Juga untuk mengelakkan peranakan jatuh teruk selepas bersalin.

4. Mengikat rambut ketat ketat.
Untuk mengelakkan dari kepala dimasuki angin yang boleh menyebabkan sakit kepala dan pening pening dan juga mengelakkan angin meroyan.

5. Tidak boleh minum banyak air
Ini agak disangkal pada masa kini kerana status menyusukan bayi menyukarkan ibu dari mengambil kurang air. Untuk memastikan bekalan susu mencukupi.. ibu haruslah meminum air yang mencukupi juga. Tapi... jangan berlebihan pula ya......

6. Jangan mandi air sejuk
Ini adalah mandi air sejuk boleh menyebabkan sakit pada sendi sendi badan dan kelesuan.

7. Jangan tidak mengambia Mengambil buahan
Boleh mengambil buahan seperti oren sunkist untuk mengelak dari sembelit.

8. Jangan mengambil air sejuk/ais
Adalah dipercayai... boleh menyebabkan perut buncit

9. Jangan berada berdekatan apa apa yang boleh menyebabkan kejutan
Ini kerana dikhuatiri akibat terkejut.. darah naik ke kepala si ibu dan boleh menjejaskan kesihatan ibu

10. Jangan sesekali mengangkat barangan berat
Jangan langsung ya. Dikhuatiri mereka yang peranakan jatuh boleh bertambah jatuh. Juga akan mengalami sakit pinggang.

11. Jangan makan makanan berciri sejuk
Contohnya seperti timun, bayam dan kangkung...Dikhuatiri jahitan atau luka bersaalin lambat pulih. Akibat pemakanan makanan berciri sejuk ini boleh mengakibatkan masalah keputihan atau lambat kering pada luka bersalin normal



Ini adalah antara larangan semasa didalam tempoh berpantang. Tak salah jika ada yang tak bersetuju dengan list ini. Apa yang penting, berhati hati dan jagalah tubuh anda selepas anda bersalin. Bak kata orang, badan ni kita nak pakai lama ya. Tiada spare part untuk ditukar ganti..

Sayangi tubuh anda.. berpantang secara bijak !

#danita
#http://berpantangbersalin.blogspot.com/
#www.danitamaternity.com
#https://www.facebook.com/Danitamaternitystore

No comments:

Post a Comment