Pernah
dengar MEROYAN? Mesti pernah kan... terutamanya bagi ibu ibu yang baru saja
melahirkan anak. Apa itu meroyan yang sebenarnya?
Meroyan
atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat umum
ialah bahawa satu dalam 10 orang ibu menghidapnya. Pendapat sekarang ialah
seorang dalam empat ibu menghidap penyakit ini. Gila meroyan adalah gangguan
perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah
yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang
wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh
mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.
Jangan
kita anggap meroyan ini adalah satu tekanan dan akan hilang seperti murung
bayi. Murung bayi adalah perasaan tertekan pada hari hari awal selepas
melahirkan dan biasanya akan hilang selepas mendapat bantuan yang sesuai dari
meerka di sekeliling. Meroyan adalah satu penyakit serius dan ianya memerlukan
rawatan yang betul.
Untuk
mereka yang tidak pasti bagaimana mengenalpasti tanda tanda meroyan, boleh
melihat tanda-tanda dan simptom seperti
berikut :
- putus asa
- bersalah
- amat letih
- muram
- mudah menangis
- sunyi
- gelisah tidak menentu
- terperangkap
Normalnya,
hampir semua ibu merasakan satu atau lebih perasaan ini pada masa tertentu
tetapi sekiranya anda merasa sungguh tidak berdaya dan perasaan seperti diatas
tidak reda dan berpanjangan, anda mungkin menghidapi meroyan atau kemurungan
postnatum.
Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda.
Terdapat pelbagai andaian penyebab meroyan, namun penyebab utama masih
belum dapat dikenalpasti. Mengapa hanya segelintir wanita yang menjadi murung
dan yang lainnya tidak walaupun mengalami masalah dan simptom yang sama.
Adakalanya, perkara-perkara harian biasa yang boleh menyebabkan mereka terbeban
dan apabila keadaan menjadi bertambah
sukar, meroyan akan tercetus. Antara keadaan-keadaan yang terlalu sukar yang
boleh menjadi pencetusnya meroyan adalah :
- kemurungan atau masalah sakit mental
sejak dahulu atau kemurungan semasa kehamilan
- suami yang kurang atau tidak menyokong
atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan dan kesunyian yang keterlaluan
- masalah kewangan yang kritikal, perumahan,
masalah kerja atau masalah dalam perhubungan
- proses kelahiran yang terlalu rumit
dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu
- mendapat bayi yang dilahirkan
pramatang atau mengalami penyakit atau tidak sihat
- kesukaran untuk menyusu badan dan tekanan
dari sekeliling akibat kesukaran ini
- ingatan-ingatan sedih yang kembali
menghantui seperti kematian orang tersayang atau imbasan trauma.
Memahami pencetus meroyan mungkin
boleh membantu anda menolong diri anda atau isteri anda dari meroyan. Dapatkan
bantuan seawal mungkin apabila simptom-simptom seperti diatas ketara. Semoga
kita semua tidak terkena meroyan ini. Insyallah ..
No comments:
Post a Comment